Sunday, October 6, 2013


AMETHYST GOLD CREATION SDN BHD 
memperkenalkan program JANA PENDAPATAN MELALUI EMAS. Dengan bermodalkan minimaRM380 ahli akan menerima 1 gram Gold Bar 999 dan seterusnya dapat beli Emas dengan HARGA DISKAUN yang lebih rendah dari harga pasaran. Ahli juga berpeluang menjana pendapatan melalui Plan Networking. Yang paling menarik Syarikat menyediakan Tabung Kongsi Untung (CTO) yang diagihkan setiap hari pada semua ahli walaupun anda join sebagai PASIF MEMBER. Untuk penerangan lebih jelas sila lihat Plan.

Bagi ahli yang menyertai AMETHYST GOLD CREATION melalui Group PowerGold2u.com akan mendapat sebuah laman website referral www.powergold2u.com/username_anda secara percuma untuk tujuan promosi


 Kenapa Perlu Jadi Ahli PowerGold ?
Membership RM380 - Join dapat emas 1 gram 999 / Cincin 916
Dapat beli emas dengan harga agen, jual pun untung, simpan pun untung
Berpeluang mendapat Profit Sharing (CTO) sehingga RM500
Berpeluang jana pendapatan tanpa had




 Untuk Sertai dan Mendapat Khidmat Nasihat,
Sila Daftar sebagai Free Member 




AMETHYST GOLD CREATION SDN BHD.GOLD 
LICENSE : (951063-K)

Laman Asal Syarikat untuk program POWERGOLD
http://www.powergold.biz

INFO TAMBAHAN
*  Ruangan member area dapat dilihat selepas anda jadi membership


JOIN SEGERA!! JADI YANG TERAWAL!!

AMETHYST GOLD CREATION SDN BHD merupakan sebuah syarikat 100% bumiputera yang telah lama berkecimpungan didalam industri perniagaan emas sejak lebih 10 tahun.syarikat ini terlibat dalam menghasilkan produk barangan emas,jualan runcit dan borong juga membeli barangan emas terpakai. Selari dengan perkembangan dan kenaikan harga emas mendadak sejak 5 tahun kebelakangan ini maka pihak Syarikat merasakan sudah sampai masa untuk membuka peluang kepada masyarakat untuk memanfaatkan keadaan ini dan seterusnya menjadikan ia sebagai suatu perniagaan yang menguntungkan.

AMETHYST GOLD CREATION SDN BHD menghasil dan membekalkan produk dari emas untuk keperluan rakyat Malaysia. Berbekalkan pengalaman bertahun dalam industri ini, syarikat ini menjanjikan produk yang berpiawaian tinggi ketulenan, reka bentuk dan kualitinya. Syarikat ini berurusan terus dengan pelanggan secara dalam talian (online) dan melalui pengedar syarikat yang sah.

Matlamat Syarikat
Mengeluar dan membekal pelbagai produk emas pada harga mampu milik. Memberi peluang perniagaan dan perkongsian keuntungan melalui lantikan pengedar sah. Memberi pendidikan dan menyemai kesedaran akan pentingnya menyimpan emas kepada rakyat Malaysia







Produk Syarikat



Gold Bar 1Gram 999


Rantai Leher Gajah 
Berat  : 20,30 & 50 gm
Panjang: 50-70 cm


Rantai Tangan Gajah
Berat : 10,20 & 30 gm
Tempahan mengikut berat 
& panjang juga diterima.


 Rantai Tangan Sauh Pasir
Berat : 20, 30 & 50 gm
Tempahan mengikut berat dan panjang juga diterima


 Rantai Tangan Melur
Berat :10,20 & 30 gm
Tempahan mengikut berat dan panjang juga diterima.






Dengan bermodalkan Minima RM380 anda berpeluang menerima  5 JENIS PENDAPATAN, DAPAT EMAS + DAPAT DUIT


PAKEJ MEMBERSHIP
(Pakej membership merujuk kepada yuran keahliaan + pemberian bar emas 999/barang kemas 916 dan bukan pembelian emas berharga RM380/g)

 PILIHAN MEMBERSHIP GOLD YANG ANDA DAPAT
 GOLD RM380 1 GRAM GOLD BAR 999
 POWER GOLD RM1,900 5 GRAM GOLD BAR 999
 SUPER POWER GOLD RM3,800 10 GRAM GOLD BAR 999

P/s : Gold bar akan diposkan ke alamat anda dalam masa 3 hari bekerja
selepas anda melakukan pembayaran membership


* Member Gold dan Power Gold akan menikmati Harga Ahli sekiranya membeli emas,
manakala  Member Super Power Gold akan menikmati harga Stokis



1) Profit Sharing (CTO)- Tabung Kongsi Untung


 PILIHAN MEMBERSHIP PROFIT SHARING
 GOLD RM380 RM500
 POWER GOLD RM1,900 RM500
 SUPER POWER GOLD RM3,800 RM500 + RM1,000

INFO TAMBAHAN
Syarikat AMETHYST GOLD menyediakan Tabung Kongsi Untung (Profit Sharing). Tanpa menaja @ menjual Ahli tetap dapat agihan profit sharing dari syarikat
Profit Sharing yang Ahli dapat sama sahaja sehingga RM500. Bagi Member Super Power Gold mendapat tambahan Extra RM1,000 ( Tabung Stokis )
Kelebihan Ahli Power Gold Dan Super Power Gold adalah dari segi bonus kumpulan, selain itu Super Power Gold dapat harga emas yang lebih rendah
Profit sharing dibayar setiap hari sehingga mencapai jumlah yang telah ditetapkan seperti jadual diatas
Jumlah sharing yang Ahli terima setiap hari tidak tetap bergantung pada keuntungan harian syarikat


2) Bonus Tajaan




3) Bonus Kumpulan



 Maksimum Bonus kumpulan 
  * Join Pakej Gold RM450 sehari
  * Join Pakej Power Gold RM900 sehari
  * Join Pakej Super Power Gold RM2,100 sehari

P/s : Anda dibenarkan upgrade PAKEJ dalam masa 4 bulan, contoh anda bermula dengan pakej Gold dan ingin upgrade ke pakej Super Power Gold



4) Bonus Matching


5) Bonus Mobil Stokis


Bagi ahli yang join pakej Super Power Gold (RM3,800) anda secara tidak langsung dilantik menjadi stokis syarikat. Stokis akan dapat isentif tambahan sekiranya melakukan signup ahli baru. Stokis juga berpeluang mendapat keuntungan dari jualan emas, harga semasa stokis sila rujuk produk. Nama dan no tel stokis akan dipaparkan dalam member area website syarikat untuk tujuan membantu jualan

 * Daftar ahli GOLD(RM380) anda dapat komisyen RM 10
 * Daftar ahli  POWERGOLD (RM1,900) anda dapat komisyen RM 50
 * Daftar ahli  SUPERPOWERGOLD (RM3,800) anda dapat komisyen RM 100


INFO TAMBAHAN
Bonus akan terus dimasukan ke akaun bank ahli setiap 10 hb, 20 hb dan 30 hb, sebulan 3 kali
Minima bonus di masukan ke akaun bank adalah RM50 ke atas
Bagi ahli yang bonus di bawah RM50 boleh membuat pertukaran tunai dengan admin PowerGold2u






Sunday, October 30, 2011

Kesilapan Dalam Pengurusan Kewangan


JIKA anda bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenal pasti terlebih dulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan supaya anda dapat belajar daripadanya.

Gagal Merancang

Alasan yang selalu diberikan oleh mereka yang tidak merancang kewangan ialah "Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya". Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana, tabiat `merancang kewangan' akan membolehkan anda menjadi seorang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.

Berbelanja Melebihi Kemampuan


Dewasa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan dan juga iklan di sekeliling kita. Ramai yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman. Akibatnya, ramai yang hanya mempunyai baki yang amat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan selepas ditolak bayaran pelbagai pinjaman, kad kredit, bil dan sebagainya.
Berbelanja Menggunakan Kad Kredit

Tabiat beli dulu dan bayar kemudian adalah perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai yang memiliki lebih daripada satu kad. Dengan bayaran minimum setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minimum terbabit, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari.

Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian. Justeru, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat.

Lewat Menabung Untuk Hari Tua

Untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang mencukupi bagi menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara. Bagaimanapun, masih ramai terutama mereka yang sudah hampir bersara, masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan diperlukan. Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah setiap kali gaji naik, perbelanjaan pula yang bertambah.

Melabur dalam Produk yang Tidak Bersesuaian

Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan. Justeru, pastikan anda meneliti ciri sesuatu produk pelaburan berkenaan dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.


Tidak Menabung untuk Waktu Kecemasan

Sesetengah orang beranggapan yang membeli insurans adalah perbuatan membazir wang. Tetapi tahukah anda bahawa tanpa insurans, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama jika kita hilang pendapatan/pekerjaan. Tanpa insurans atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.

Terlampau Memikirkan Pasal Wang

Dalam usaha memupuk tabiat merancang kewangan, janganlah pula terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa akan perkara lain yang amat bermakna dalam hidup kita seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan dan taulan.

Akhir sekali, kita perlu sentiasa mengingatkan diri mengenai kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam membina kekayaan dan menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepada kita.
Sumber: Securities Industry Development Corporation (SIDC)  
              http://www.min.com.my/

Tuesday, August 16, 2011

Zakat Emas & Perak

Kadar Zakat Emas & Perak

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT EMAS & PERAK

1. Islam
2. Sempurna milik.
3. Merdeka
4. Memiliki tidak kurang daripada satu Tahun.
5. Cukup nisab. Nisab Emas ialah 20 misqal iaitu bersamaan 25 mayam 2.7108 saga. Nisab Perak ialah 200 dirham bersamaan 176 mayam 6.9732 saga.

P/S: Catatan
Emas atau Perak yang dijadikan barang-barang kemas (perhiasan perempuan) tidak diwajibkan zakat kecuali barangan tersebut berlebihan daripada yang sepatutnya.

Emas
Nisab emas ialah seberat 20 Miskal iaitu bersamaan 25 mayam 2.7108 saga emas ataupun bersamaan 85 gram menyamai atau lebih atau bersamaan 20 Dinar Emas. Kadar zakat emas yang cukup nisabnya ialah 2.5% dari jumlah keseluruhan.

1) Zakat Emas yang disimpan ( emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun )


*Contoh Pengiraan

Anda mempunyai 100 gram emas. Harga terkini emas RM140/gram.
Jumlah zakat yang wajib dikeluarkan = 2.5% X RM14 000 = RM350


2) Zakat Emas yang dipakai

Zakat emas yang dipakai ( sebagai perhiasan) yang dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat. Tetapi jika beratnya melebihi "uruf" ( nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat ) maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% selepas berat emas ditolak dengan nilai uruf. Hanya berat emas sahaja yang dikira.

3) Kadar Uruf Negeri-negeri di Malaysia

1 Kedah 170 gram .Lebihan daripada uruf dikenakan zakat Telah difatwakan

2 Perlis 170 gram . Lebihan daripada uruf dikenakan zakat Telah difatwakan

3 Pulau Pinang 165 gram . Lebihan daripada uruf dikenakan zakat Telah difatwakan

4 Melaka RM 5,000 . Lebihan daripada uruf dikenakan zakat Telah difatwakan

5 Johor 850 gram .Lebihan daripada uruf dikenakan zakat Telah difatwakan

6 Negeri Sembilan 850 gram (lama) 200 gram (baru) Lebihan daripada uruf dikenakan zakat. Belum difatwakan bagi kadar ( uruf ) baru

7 Selangor 800 gram. Telah difatwakan

8 Wilayah 150 gram . Lebihan daripada uruf dikenakan zakat Telah difatwakan

9. Kelantan Tiada uruf

10. Terengganu 150 gram . Fatwa Terengganu 850 gram tetapi amalan yang digunapakai 150 gram. Akan dibuat kajian baru

11. Pahang 200 gram . Lebihan daripada uruf dikenakan zakat Tiada fatwa

12. Perak 500 gram . Zakat atas keseluruhan Telah difatwakan

13. Sabah RM 5,000 .Lebihan daripada uruf dikenakan zakat .Telah difatwakan

14. Sarawak 775 gram .Lebihan daripada uruf dikenakan zakat .Telah difatwakan

Sumber : Zakat Pahang

* contoh pengiraan emas perhiasan

Berat emas yang dipakai : 350 gram. Tinggal di Pulau Pinang dan uruf mengikut negeri pemastautin ( Kadar uruf Negeri Pulau Pinang ialah 165gram)

Berat emas yang perlu dikeluarkan zakat : 350g - 165g = 185gram
185 gram X Harga emas semasa ( RM140) X 2.5% = RM647.50


Perak

Nisab bagi perak ialah bersamaan 200 Dirham Perak bersamaan 176 mayam 6.9732 saga perak bersamaan 595 gram. Kadar zakat perak yang cukup nisabnya ialah 2.5% dari jumlah keseluruhan.